..KADANG-KADANG ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI...KEMUDIAN DIA DATANGKAN PULA GURUH DAN KILAT...PUAS KITA MENCARI DI MANA MATAHARI..RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH..

Friday, 12 July 2013

::AkU TeRiMa NiKaHnYa::

::BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM::

...ASSALAMUALAIKUM...


"Aku terima nikahnya Nur Sa'idatul Adilah bt Muhammad Marzuki dengan mas kahwinnya seribu satu ringgit tunai"

"Sah..?"  "Sah..sah.."


Eh2 dua2 nangis ke??hihi..alolololo..

Syukur.syukur.syukur alhamdulillah..tak terungkap dgn kata2 kesyukuranku terhadap Yang Maha Kuasa..berderai air mataku saat aku sah bergelar isteri..setelah pelbagai dugaan yg kami lalui, akhirnya Dia satukan jua  kami ke arah hubungan yg halal..tubuhku menggigil saat lafaz sah diungkapkan.ketika itu seperti ada satu perasaan yg menyelinap masuk ke dlm tubuhku..seolah2 aku bermimpi..mungkin itu cara Allah memberitahuku bahawa "engkau bukan lagi hak ibu bapamu.kini engkau adalah hak sepenuhnya insan bernama Ahmad Firdaus bin Jamil..keredhaanKu bergantung kepada keredhaannya kepadamu"..Ya Allah, tak terungkap dgn kata2..hanya Dia yg tahu perasaanku ketika itu..

Masa berlalu begitu pantas..Alhamdulillah dah sebulan lebih pernikahan kami.tapi aku rasa seperti baru smlm kami bernikah.kebahagiaan masih jelas terasa..hari2 ku kini lebih banyak diluangkan bersama suami tercinta..hatiku semakin tenang sejak bergelar isteri..Suami adalah salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga..


“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”

(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)



Kalau dulu, orang yg paling aku hormat adalah ibu bapa ku..yg perlu aku taat adalah ibu bapaku..kini kehormatan dan ketaatan itu jatuh kpd suamiku.org ketiga setelah Allah dan Rasul juga adalah suamiku.Jadi wajarlah selepas kahwin dosaku ditanggung oleh suamiku..dan syurgaku juga kini beralih di bawah tapak kaki suamiku..Allahurabbi..besar tanggungjawab para suami kan?Makanya aku wajib menjaga maruah diriku..aku selalu berpesan kpd diri, setelah berkahwin setiap kali aku melangkah keluar dari rumah, bererti aku membawa maruah suamiku..aku mencerminkan dia, dan dia mencerminkan aku..aku perlu lebih berhati2 dan menjaga maruah diri serta keperibadianku..andai buruk peribadiku, maka tercalarlah maruah suamiku..Allahuakbar..

Banyak lagi yg perlu aku pelajari ttg alam rumahtangga..Suamiku byk memberi nasihat dan tunjuk ajar kpd ku..kadangkala aku terasa diri ini terlalu byk kekurangan sbg seorang isteri..Si suami pula tak pernah jemu memberi teguran dan nasihat kpd ku..Yalah kalau dulu ibu bapa la yg selalu tegur kita, nasihat kita apa yg patut..tp sekarang smua tu jatuh pada suami..aku bersyukur atas jodoh yg dikurniakan ini..Suamiku begitu prihatin terhadap si isteri yg byk kerenah ni..kini dia lah yg menjaga makan pakaiku, melayan kerenah manjaku, menjadi teman hiburku, memberi zuriat kpd ku..pendek kata, dialah kawan, teman, suami dan segalanya buatku..benarlah apa yg aku dengar, pernikahan adalah satu perkongsian hidup.ya, tepat sekali!!



Cintaku...hingga ke syurga..insyaAllah..

Terima kasih untuk doa2 yg dikirimkan buat rumahtangga kami berdua..untuk kesekian kalinya, doakan semoga kami terus bercinta hingga ke syurga..insyaAllah..amin..


Thanks for reading this entry..insyaAllah kalau ada masa lapang lagi aku update psl my wedding day okay?

Stay tuned...(ceeeewaaahhhh)..

p/s : sory entry kali ni saje gune kata ganti diri "aku"..nk bg nmpk story ni jd skema ckit..ihiks.=p..next entry maybe back to normal..dun worry, i'm still the same dilla..hihi


...Wassalam...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara dilla_daus dillazuki.blogspot.com