...BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...
...ASSALAMUALAIKUM...
Kwn2, hri ni dilla nk kongsi sikit ngn korang ttg solat dhuha..stiap org telah ditetapkn rzeki msing2..kite perlu berusaha dn selebihnye kite serahkan kpd Yang Maha Mengetahui..plg pnting, jgn pernah lupa berdoa dn memohon pertolonganNYA..slh stu cara memohon murah rzeki adalah dgn solat dhuha..
Solat dhuha adalah solat sunat yang dilakukan dari terbit matahari sehingga tgh hari, atau bahasa mudahnya dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari (Sebelum Zohor).
Sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Cara solat dhuha korang boleh rujuk kepada orang yang berilmu seperti Ustaz dan ustazah berhampiran korang. Mudah je.Solat Dhuha memurahkan rezeki.
Doa Dhuha
Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
Selamat Menunaikan Solat Dhuha ye kwn2..=)


No comments:
Post a Comment